INTERN STORY
Thursday, 17 September 2015 / 9/17/2015 /
Apa perasaan bile diterima untuk menjalankan latihan industri?
Mestilah happy, susah tau cari tempat nak buat praktikal sebenarnya.
Macam mana hari first kat tempat praktikal ?
Bersemangat. (dalam hati " aku nak keje sungguh2 mana tau dapat serap masuk keje terus" )
Dapat position apa dalam organisasi?
Pembantu bahagian pentadbiran. ( ishh pentadbiran?? aku course fine art kenapa tak letak bahagian pameran?)
Enjoy tak kerja kat office ? Staf lain macam mana?
First day and a week after aku rase ok. Masuk second week dah mula rase bosan. Sebab selalu buat kerja sama. Dan paling penting di luar bidang aku. Aku program fine art tapi kena key in data, buat filing, kira stok, fax surat dan fotostat. My expectation is aku buat artwork, presentation, involve in exhibition, speaking to public about may artwork but it never happen T.T
Staf ade setengah yang ok. And ada jugak yang fake. Depan lain belakang lain. Ada yang suka arah2 orang. Ada yang kerah tenaga pelajar praktikal. Maksud aku bila dah ada pelajar praktikal ni they always like " Korang lah buat,, Eh bagi je kat budak praktikal,, Tolong buat ni dekk... and lain2 "
Apa perasaan setakat ni lepas hampir 2 months praktikal?
Boleh tak habis praktikal esok. (Padahal ada sebulan lagi,, Adehhh~ )
Penyelia dah melawat kawasan ke? Apa kata penyelia ?
Penyelia dah datang semuanya ok.. Alhamdulillah majikan kat tempat keje aku ni baik. Tapi masa discuss ngan penyelia citer kat dia semua ok, keje ok, seronok and bla bla dalam hati Sir help me~~~
Nasihat aku kepada student yang bakal praktikal ni. Cari tempat praktikal betul2. Jangan main tangkap muat je. Bincang ngan bos tentang course kau, Sebab aku rase aku dah macam ambik course HR dah time keje kat sini. Setiap kerja yang aku buat tak banyak sangat related dengan course yang aku belajar dekat U. Diorang ni kadang2 tak paham, Masa aku lapor diri time nak decide aku punye position Staf yang uruskan budak praktikal siap cakap lagi macam ni alah letak je kat bahagian mana2 pun. nanti esok2 time dah kerja nanti pun kena buat jugak benda2 itu ini kena tahu juga management ofis, Betul staf tu cakap, masalahnya kiteorang ni ada markah weh kau tak boleh main letak sukati je .. Penyelia nak tau jugak diskripsi tugas kita kat tempat kerja..
Kesimpulannya, aku redha jelah. Bertahan lah sampai abeh. Pandai2 lah aku cover kat buku log ngan report nanti. :)
OLD /